hati kita tak kan pernah berhenti
berdetik soalan bertalu-talu
pertanyaan yang kadang kala tak ditemui jawapan
hati kita tak kan penah rasa selesa
selesa dengan apa yang ada
hati perlu ditenangkan
hati perlu disemaikan dengan ketenangan
hati perlu dibelai
hati perlu kenal erti percaya
percaya yang betul-betul dibina
dibina dari rasa cinta
cinta yang sejati dan abadi
abadi akan kekal selamanya
hati jarang menipu
menipu pada insan yang disayangi
disayangi dengan sepenuh hati
hati kerap terluka
terluka kerana cinta
cinta menuntut erti kesabaran
kesabaran menuntut erti kejujuran
kejujuran menuntut erti kepercayaan
kepercayaan menuntut kekuatan hubungan dua insan
insan yang mencari hati dan cinta sejati