~ DETIK ITU ~

Daisypath Anniversary tickers

Monday, August 24, 2009

~ SEPI ITU INDAH ~



6.10 pagi..
Isnin, 24 Ogos 2009..


Kering sudah titisan wudhu' di pipi..
Sujudku kepada-Nya..
Sejenak mengenang kekhilafan diri..

Tenang..
Sepi..
Sunyi..
Damai..
Aku suka keadaan subuh begini..
Jarang aku rasa sebegini tenang..

Datang sepi mencengkam naluri..
Memanggil-manggil naskah itu untuk kubacanya..
Keluhan terdengar dalam benak kecilku..
Aduhai.....
Lama sungguh aku tak memegangmu, mendakapmu, membacamu..

Kini aku pasti..
Sepi itu bisa digantikan dengan keindahan..
Tatkala dekatnya aku kepada-Nya..

Kuatku, cekalku, tabahku di saat ini hanya kerana kuasa-Nya..
Kalau dikatakan tidak, maka tidaklah jadinya..
Kalau dikatakan ya, iyalah makanya..

Indah sungguh sepi ini..
Sepi yang pastinya akan kurindui..
Sepiku ditemani DIA..
Dengan itulah lahirnya keindahan dalam kesepian ini........

No comments:

Post a Comment