~ DETIK ITU ~

Daisypath Anniversary tickers

Wednesday, January 7, 2009

-= a story that makes me cry =-



SECEBIS KASIH SAYANG......

aku cuma ada seorang adik..usianya tiga tahun lebih muda daripada aku..pada suatu hari, untuk mendapatkan sehelai sapu tangan yang menjadi keperluan anak-anak gadis ketika itu, aku ambil 50 sen dari poket seluar ayah..petang itu, pulang saja dari sekolah, ayah memanggil kami berdua..dia meminta aku dan adik berdiri di tepi dinding..aku menggeletar melihat rotan panjang sedepa di tangan ayah..

"siapa ambil duit ayah?" tanya ayah bagaikan singa lapar..aku langsung tidak berdaya menentang renungan tajam mata ayah..kedua-dua kami membisu, cuma tunduk memandang lantai.."baik, kalau tak mengaku, dua-dua ayah rotan!"..sambung ayah sambil mengangkat tangan untuk melepaskan pukulan sulungnya ke belakang aku..tiba-tiba adik menangkap tangan ayah dengan kedua-dua belah tangannya sambil berkata, "adik yang ambil!"..

belum sempat adik menarik nafas selepas mengungkapkan kata-kata itu, hayunan dan balunan silih berganti menghentam tubuh adik..aku gamam, lidah kelu untuk bersuara..walau perit menahan sakit, setitis pun air mata adik tak tumpah..setelah puas melihat adik terjelepok di lantai, ayah merungut.."kamu sudah mula belajar mencuri ye! apa lagi perbuatan kamu yang akan memalukan ayah nanti ni??!!!"........

malam itu, emak dan aku tak lepas-lepas mendakap adik..belakangnya yang berbirat dipenuhi calar-balar cuba kami ubati..namun adik cukup tabah..setitis pun air matanya tidak mengiringi kesakitannya yang mencucuk-cucuk..melihat keadaan itu, aku meraung sekuat hati, kesal dengan sikap aku yang takut berkata benar..adik segera menutup mulutku dengan kedua-dua belah tangannya lalu berkata, "jangan menangis kak..semuanya dah jadi pon"......

aku mengutuk diti sendiri kerana tidak mampu membela adik..tahun bersilih ganti, peristiwa adik dibelasah kerana mempertahankan aku bagaikan baru semalam berlaku..adik mendapat tawaran belajar ke sekolah berasrama penuh dan aku pula ditawarkan menyambung pelajaran ke peringkat pra-universiti.....

malam itu ayah duduk di bawah cahaya lampu minyak tanah bersama ibu di ruangtamu..aku terdengar ayah berkata, "Zah, kedua-dua anak kita cemerlang dalam pelajaran..abang bangga sekali!".."tapi apelah maknenye bang......." aku terdengar ibu teresak-esak.."kat mane kite nak cari duit, bang?"..ketika itulah adik keluar dari biliknya..dia berdiri di depan ayah dan ibu....

"ayah, adik tak nak ke sekolah lagi"..perlahan-lahan ayah bangun, membetulkan ikatan kain pelekatnya dan merenung wajah ibu, kemudian wajah adik dalam-dalam..pangggggg!!!!! sebuah penampar singgah di pipi adik..seperti biasa yang mampu aku lakukan ialah menutup muka dan menangis.."kenapa dengan kamu ni?tahu tak, kalau ayah terpaksa mengemis kerana persekolahan kamu, ayah akan buat!!"......

"orang lelaki kene bersekolah..kalau tak, dia takkan dapat bawak keluarganya keluar daripada kemiskinan,"..aku memujuk adik tatkala menyapu minyak pada pipinya yang bengkak.."kakak perempuan, biarlah kakak yang berhenti".......

tiada siapa yang menyangka, tengah hari itu adik tiada di biliknya..dia membawa bersama beberapa helai baju lusuh yang dia ada..ada sehelai kertas yang ditinggalkan........"kak...nak dapat peluang ke universiti bukan senang, kak..adik cari kerja dan akan kirim wang untuk akak"...ayah dan ibu amat kecewa dengan isi surat yang ditinggalkan adik.....

suatu petang ketika aku sedang berehat di asrama, teman sebilik mendekatiku.."ada pemuda kampung tunggu kau kat luar".."pemuda kampung?siapa?"..tergesa-gesa aku keluar bilik..dari jauh aku nampak adik berdiri dengan pakaian comotnya yang dipenuhi lumpur dan simen.."kenapa sebut orang kampung?cakap je la adik yang datang!"..sambil tersenyum, adik menjawab.."akak tengoklah pakaian adik ni..apa kata kawan-kawan akak nanti kalau mereka tahu saya adik akak?".......

jantungku terasa berhenti berdenyut mendengarkan jawapan adik..aku cukup tersentuh..tanpa aku sedar, air mata aku mengalir di pipi..aku kibas-kibas bebutir pasir dan tompokan simen pada pakaian adik..dari kocek seluarnya, adik keluarkan sepit rambut berbentuk rama-rama..dia mengenakan pada rambutku sambil berkata, "kak...saya tengok ramai gadis pakai sepit macam ni..sebab tu saya belikan untuk akak"..aku kaku.......aku rangkul adik dan dadanya dibasahi air mataku yang tak dapat ditahan-tahan......

tamat semester, aku pulang ke kampung sementara menunggu majlis konvokesyenku..aku lihat tingkap dan dinding rumah bersih, tak seperti selalu.."ibu, tak payahlah buat semua ni..akak boleh buatkan".."adik kamu yang bersihkan..dia balik kelmarin..luka-luka die mengemas semua ni..semata-mata bila dia dapat tahu kamu nak balik".....aku menerpa ke bilik adik..cantik senyuman adik kepadaku..kami berdakapan.."sakit ke?"..aku bertanya sambil memeriksa luka di tangannya.."tak...kak, waktu adik kerja sebagai buruh kontrak, kerikil dan serpihan simen jatuh seperti hujan menimpa tubuh adik sepanjang masa..kesakitan yang dirasa, tak dapat menghentikan usaha adik untuk bekerja keras"...aku menangis lagi.............

aku berkahwin pada usia menginjak 27 tahun..suamiku seorang usahawan menawarkan jawatan pengurus kepada adik.."kalau adik terima jawatan tu, apa orang lain kata, kak?"kata adik.."adik ni tak ada pelajaran, kak..biarlah adik bekerja dengan kelulusan yang adik ada"...."adik tak ke sekolah pun sebab akak'"..kataku memujuk adik.....

adik terus tinggal di kampung dan bekerja sebagai petani setelah ayah tiada..pada majlis perkahwinannya, juru acara majlis bertanya, "siapakah orang yang paling anda sayangi?"..spontan adik menjawab, "selain ibu, kakak saya......"katanya lantas menceritakan suatu kisah yang langsung tidak kuingati.....

"semasa sama-sama bersekolah rendah, setiap hari kami berjalan kaki ke sekolah..suatu hari tapak kasut saya tertanggal..melihatkan itu, kakak membuka kasutnya dan memberikannya kepada saya..dia berjalan dengan hanya memakai sebelah kasut..sampai di rumah, saya lihat kaki kakak berdarah sebab tertikam tunggul dan calar-balar......sejak itulah saya berjanji pada diri sendiri..saya akan lakukan apa saja asalkan kakak bahagia..saya berjanji akan menjaganya sampai bila-bila"......

sebaik adik tamat bercerita, aku meluru ke pelamin, mendakap adik sungguh-sungguh..............


"jika tak dapat apa yang kita suka, belajarlah menyukai apa yang kita dapat..dan bersyukurlah dengan apa yang kita ada".....



-the end-

i love my siblings very much....... :)

2 comments: