~ DETIK ITU ~

Daisypath Anniversary tickers

Sunday, September 13, 2009

~ SIAPA SANGKA..SIAPA MENDUGA ~

I manage to finish reading my new novel, " Rooftop Rant " by Hlovate..
Penulis novel yang aku kian kagumi hasil nukilannya..
I bought dis book on Friday..
Since now dok melangok je kat opis..
Besides playing games and melayan my FB..
So ive decided to " on " balek my hobby!!

Yes..
Its been a very long time novel2 dah aku ignore kan..
Keje banyak..
Classes..
So once dah ade chance mcm nie, better i grab it rite?

Dis book makes me smiles, cries.... a lot!!
Mengisahkan kisah dua orang hamba ciptaan ALLAH yang takde pertalian darah..
Datang dari buku alam yang berbeza..
Namun intipatinya hampir serupa..
JADE..TRISY (ZAID & BATRISYA).. nice name eh?

Both of them ade probs yg tersendiri..
FAMILY MATTERS!!
Anak muda Melayu yang kian membesar ini terbelenggu dalam kehidupan..
Dek masalah yang tidak pernah kenal erti perit..
Masih mendatangi mereka dan terus menapak..
Namun dengan kehendak-NYA, mereka ini diberikan HIDAYAH..

Siapa sangka.. Siapa menduga..
Tanpa mereka pinta..
Liku kehidupan yang selama ini kelam, gelap tanpa ade sedikit pon cahaya..
Sebenarnya ada sinar yang menanti di sebalik kelam itu..
ALLAH maha mengetahui..
ALLAH maha menyayangi hamba-NYA..
ALLAH sentiasa menentukan yang terbaik untuk hamba-NYA..

TRISY menjadikan JADE sebagai " Wonderwall " nya..
Tempat tuk diluahkan segala beban yang tertanggung oleh gadis yang hampir rosak kerana kurang kasih sayang..
Kurang perhatian..
Mewah dengan wang ringgit..
Papa kedana dengan kasih sayang..
Pada JADE segalanya dikongsikan..
Kadang kala dirasakan orang asing yang tiada pertalian darah ini, biasanya lebih memahami, menyedari, menyayangi dirinya daripada mereka yang bergelar AHLI KELUARGA..

Siapa sangka.. Siapa menduga..
JADE punya perjalanan hidup yang hampir serupa dengan TRISY..
Kedua anak muda ini berkongsi cerita..
Berkongsi beban yang dipikul..
Yang hakikatnya bukan mereka pinta..

Kehidupan mereka lalui setelah di pertengahan jalan, mereka terpisah..
Masing2 mengejar cita-cita dan impian..
Masing2 menyokong antara satu sama lain..

Siapa sangka.. Siapa menduga..
Walau sedalam mana lautan..
Walau setinggi mana pukulan ombak..
Namun persahabatan dan doa mereka senantiasa terukir di bibir..
Menantikan hari kejayaan dan janji mereka untuk dikotakan bersama..

ALLAH jua telah menitipkan HIDAYAH kepada hamba yang disayangi-NYA..
JADE dan TRISY masih disayangi..
Masih diberi peluang..
Masih diberi kesempatan..
Antara ruang dan peluang yang diterima mereka inilah, mereka gunakan sebaik mungkin..

Siapa sangka.. Siapa menduga..
Mereka bertemu dalam wajah dan lembaran baru yang lebih suci dan murni daripada kegelapan yang perlu dan wajar tuk dilontarkan sejauh-jauhnya.........

" Hidup tak selalunya lawa
Tak semestinya ada pelangi
Kalau nak kata a bed of roses pun, durinya tetap ada
Kadang-kadang bilamana 'malapetaka' itu datang
Terasa macam kene gelek ke bumi dek ahli sumo
Rasa macam dah tak mampu bangkit
Rasa macam dah tak mampu hela nafas"
" ALLAH tak akan bebankan hamba-NYA
Dengan apa yang dia tak mampu! "
" Lontarkan kalau ia meracun.. kongsikan walau hanya pada awanan "

No comments:

Post a Comment